Sengat lebah mampu ubati penyakit kronik – Rosli

Sengat lebah mampu ubati penyakit kronik – Rosli

KUALA LUMPUR – Siapa sangka penyakit kencing manis dan penyakit yang dideritai seseorang itu akan terus menjadi mimpi ngeri hingga ke akhir hayat apatah lagi dikesan di peringkat ketiga dan keempat.

Lazimnya bagi pesakit kencing manis akan berdepan risiko kehilangan anggota badan khususnya jika sudah mencapai tahap kronik, begitu juga pesakit kanser hingga membawa maut.

Walaupun pesakit kronik kini tidak perlu risau lagi kerana rawatan alternatif seperti Apisterapi yang berasaskan sengatan dan produk lebah mampu memberi harapan baharu untuk kembali sihat seperti sediakala.

Menurut pengamal Apisterapitempatan, Rosli Khalid, walaupun sengatan lebah menyakitkan, namun boleh serangga itu mampu menjadi penawar kepada pelbagai penyakit kronik, kerana satu ikhtiar selepas rawatan moden.

“Rawatan ini dikenali sebagai Apisterapi yang boleh digunakan sebagai lebah dan produk lebah untuk merawat penyakit.

“Produk lebah bukan madu sahaja, ada B-pollen, propolis, royal jelly, wax, anak lebah dan di Malaysia kita ada madu kelulut, sangat istimewa.

“Ikut kajian, terlalu banyak penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini. Jadi penyakit kencing manis ini sebahagian sahaja (penyakit),” katanya kepada MalaysiaGazette , baru-baru ini.

Menariknya kaedah Apisterapiini tidak berkesan seperti perubatan moden di hospital yang memerlukan pembedahan, sebaliknya rawatan alternatif ini lebih berkesan kepada sistem imunisasi badan.

“Kita merawat sistem, kena bagi bahan-bahan yang baik, jadi output dia akan jadi sihat.

“Kita tidak tumpu kepada penyakit diabetes, kita tumpu rawat sistem, jadi diabetes tidak akan pulih, penyakit kulit mahupun kanser boleh pulih,” katanya.

KAEDAH RAWATAN APISTERAPI

Boleh lebah yang lain mengandungi enzim, protein, peptida dan asid amino digunakan dalam rawatan Apisterapi mampu menjadi penawar bukan sahaja penyakit kencing manis, bahkan banyak lagi penyakit lain.

“Kalau dianalisa boleh lebah, 88 peratus yang kita suntik itu adalah air, 12 peratus lagi ada enzim, protein, peptida, asid amino dan sebagainya, ini semua penawar.

“Sebab itu pelbagai masalah boleh diselesaikan. Malah rawatan sengat lebah ini tidak membatalkan puasa, jadi tak perlu risau untuk membuat rawatan walaupun di bulan puasa,” katanya.

Jelasnya, rawatan Apisterapi itu mudah termasuk meletakkan sengat lebah di bahagian anggota badan yang sakit dan menjelaskan beberapa minit sebelum serangga itu menyerap ke saluran darah.

“Sengat lebah, kalau sakit-sakit lutut, kita akan sengat di bahagian anggota yang sakit, kalau ada luka-luka kerana kencing manis, kita pergi ke tempat luka itu, sakit lutut pergi ke lutut, kalau sinus letak dua ekor di hidung.

“Apabila kita gunakan sengat lebah, kita pergi ke tempat paling hampir dengan masalah walaupun boleh lebah akan pergi ke satu badan.

“Ikut kajian, boleh lebah bila masuk ke dalam badan, tidak ada satu pun negatif, ia merangsang tindak balas penyembuhan secara semulajadi.

“Kita tak tahu apa masalah dalam badan kita, ada orang datang kerana kanser payudara, tapi tiada cerita yang diada kanser paru-paru, bila buat rawatan, kedua-dua sembuh,” katanya.

KESAN SAMPINGAN

Rosli berkata, sepanjang lebih 15 tahun beliau menjalani rawatan Apisterapi, tiada seorang pun pesakitnya yang mengalami kesan sampingan mahupun alahan terus akibat sengatan lebah.

“Pengalaman saya merawat, Alhamdulillah setakat ini tiada (pesakit) yang menunjukkan alahan terlalu teruk. Kalau ada pun balik rumah demam panas atau sejuk, dia boleh berlaku serentak dalam masa sejam, itu tak mengapa.

“Kalau buat rawatan sinus, mata bengkak, itu tak apa, yang penting hilang masalah sampai 20 hingga 30 tahun, boleh selesai dengan sekali rawatan.

“Pesakit tak perlu pergi ke hospital, apabila berlaku alahan, kita akan tunjuk cara yang perlu dibuat, sebab itu saya pentingkan mereka dengar taklimat saya,” katanya.

KOS RAWATAN

Rosli memberi jaminan kos rawatan Apisterapi ini tidak membebankan pesakit kerana bahan perubatan yang digunakan hanya berasaskan lebah termasuk sengat lebah dan produk berasaskan serangga itu.

“Kalau nak diikutkan, kos ini bergantung kepada siapa yang buat rawatan, kalau kaki tak payah potong, payudara tak payah dibuang, berapa nilainya jika boleh diselamatkan.

“Saya tidak meletakkan satu harga yang tinggi malah kalau nak ikutkan memang tak boleh merawat kanser dengan harga yang kurang daripada RM10,000.

“Kalau Sinus murah sahaja serendah RM130 sahaja untuk sekali rawatan. Tetapi berbeza dengan kanser yang memerlukan rawatan berulang kali,” katanya.

Katanya, produk berasaskan lebah yang digunakan dalam rawatan Apisterapi juga dihasilkan beliau sendiri untuk memastikan pesakitnya mendapat bahan yang berkualiti dan tulen.

“Kita merawat, ini bukan komersial, jadi kita kena pastikan produk-produk yang kita guna ini adalah tulen.

“Kalau kita nak ambil dekat luar, majoriti banyak yang tidak tulen, di sini kita pastikan benda yang tulen digunapakai, kita nak rawat sistem, kena beri bahan-bahan yang baik supaya output baik,” katanya.

JENIS LEBAH

Dalam rawatan Apisterapi, Rosli akan menggunakan sengatan lebah daripada spesies Apis Mellifera yang turut digunakan di seluruh dunia.

“Di Malaysia ada lebah dipanggil Apis Cerana , dia kecil sedikit. Bezanya lebah Apis Mellifera lebih besar saiznya.

“Spesies ini digunakan dalam penghasilan produk lebah khususnya madu yang banyak khasiat seperti B-Pollen.

“Spesies ini sangat produktif, kalau spesies Apis Cerana itu madu dia sedap tapi tak banyak hasilnya,” jelasnya.

APISTERAPI MASIH BARU DI MALAYSIA

Rosli mengakui rawatan Apisterapi masih baru di Malaysia dan ramai pesakit tidak mengetahui manfaatnya dalam merawat pelbagai jenis penyakit kronik.

“Saya di sini lebih 15 tahun, memang peringkat permulaan memang sukar, tak ada orang yang tahu tentang perkara ini.

“Apa yang berlaku ialah pesakit yang baik akan menceritakan kepada mereka yang lain. Alhamdulillah setiap hari kita ada pesakit baharu.

“Saya rasa dengan penggunaan media sosial, rawatan ini akan lebih terdedah dan kita akan meningkatkan lagi (usaha promosi) supaya pemahaman masyarakat terhadap rawatan ini dapat diterima dengan lebih luas dan sudah sampai masanya untuk kita mendedahkan kebaikan rawatan Apisterapi ini,” katanya.

Beliau tidak menafikan rawatan Apisterapi pada awalnya sukar mendapat kepercayaan daripada orang ramai, apatah lagi aspek kesihatan di negara ini lebih berkesan kepada perubatan moden.

“Sebab itu saya perlukan pesakit untuk dengar taklimat terlebih dahulu supaya mereka terdedah supaya mereka faham kena perlu terlibat dengan sengat lebah.

“Sengat lebah memang sakit ,tapi kebaikannya boleh tengok sendiri, kadang-kadang depan mata boleh berlaku, ada kes sembahyang atas kerusi selama 10 tahun boleh sembahyang dalam masa15 minit.

“Ada kes orang yang strok dua tahun boleh berlaku dalam masa 30 minit, sangat ajaib, pengalaman itu kena rasai sendiri,” katanya.

APISTERAPI MASIH BELUM KOMERSIAL

Dalam pada itu, beliau memberitahu rawatan Apisterapi masih baharu di negara dan ia akan dikomersialkan tidak lama lagi, susulan sambutan yang menggalakkan daripada pesakit.

“Kita dalam proses mendedahkan kaedah rawatan ini sebab saya rasa ia perlu didedahkan. Bagi saya ialah satu kaedah rawatan yang sangat berkesan, orang ramai perlu mengetahui mengenainya.

“Malah ada syarikat dari luar negara sudah meminta untuk komersialkan ke seluruh dunia. Dengan produk yang saya ada, boleh penuhi permintaan pesakit,” katanya.

Katanya lagi, walaupun banyak kajian mengenai khasiat sengat berlaku sejak ratusan tahun lalu, namun sudah ada kebaikan rawatan ini perlu didedahkan kepada umum.

“Kalau nak buat kajian, saya mati dengan kajian, jadi saya pilih pilihan untuk melaksanakan rawatan ini. Selama 15 tahun ini, saya melihat keajaiban, kajian begitu banyak tetapi tidak didedahkan.

“Kenapa tidak didedahkan kerana terlalu murah untuk merawat penyakit dengan kaedah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Kembali ke blog