Ternak lebah sendiri

Ternak lebah sendiri

AFNAN Apitherapy Centre (AAC), pengendali rawatan Apiterapi bersedia untuk meneroka pasaran dengan memperkenalkan penghasilan produk lebahnya di bawah jenama Afnan dan B.Essence.

Pengasasnya, Rosli Khalid berkata, selain menyediakan rawatan Apiterapi, pihaknya turut menternak sendiri lebah spesies Apis Mellifera dan Apis Trigona.

Katanya, pengalaman lebih 15 tahun dalam ternakan lebah memberi kelebihan buat AAC dalam mengeluarkan sendiri produk berasaskan madu yang tulen tanpa bahan kimia.

"Kami kini sudah bersedia untuk mengkomersialkan produk berasaskan madu selepas 15 tahun memberi tumpuan dalam rawatan Apiterapi (sengatan lebah).

"Ini disebabkan kita mahu memastikan produk yang dihasilkan dan dipasarkan berkualiti kerana produk lebah bukan madu sahaja malah ada Bee Pollen, Propolis, Royal Jelly dan pelbagai lagi.

"Kami memilih lebah Apis Mellifera dan Apis Trigona kerana spesies ini sangat produktif dan digunakan dalam penghasilan pelbagai produk lebah, khususnya madu yang banyak khasiat.

"Produk Afnan dan B.Essence juga tersedia untuk kegunaan dalaman dan luaran termasuk krim muka dan krim pelbagai guna formulasi daripada produk hasilan lebah. Produk kami dijual pada harga mampu milik bermula dari RM10 sehingga RM175," katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau berkata, untuk meluaskan pasaran produk, pihaknya akan membuat sistem dropship dan program affiliate yang akan dilancarkan akhir bulan ini.

Rosli berkata, sebagai menghargai pelanggannya, syarikat turut menganjurkan peraduan bagi setiap pembelian secara dalam talian di mana mereka berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM10,000.

"Untuk maklumat lanjut mengenai produk Afnan dan B.Essence, boleh layari www.afnanapitherapy.store atau www.afnanapitherapy.shop," katanya.

 

Sumber : Berita Harian

Disiarkan pada: April 17, 2023 @ 7:20am

Back to blog